1st LOVE (part 2)



“E-en ooo E-en.” Ati start memekik depan rumah E-en.

“Ye, ye aku dah siap ni. Jap beb.” Segera E-en bukak pintu rumah. “Acha dengan Leeya mana?”

“Tengah bersiap tu. Jap lagi keluar la tu. Wei aku ada balak baru. Nama dia Mir, budak Terengganu.”

“Hamboi kemain jauh sesat sampai ke pantai timur. Guane jadi gitu? Makang ikang la mung.”

“Hor la. Zaman siber beb. Kampung chat la. Nah tengok ni.” Ati hulur sekeping kertas yg siap print perbualan antara dia dengan Mir.

“Geli siot ayat!” E-en tayang gaya geli-geliman.

“Well…hati tengah berbunga kan. Normal la beb.”

‘Hmm…kalau aku cari balak kat tenet kan senang. Couple banyak mana pun tak kantoi kan.’

“Jom!” serentak Acha dan Leeya yg baru sampai berkata.

“Wei Ati nanti kau ajar aku layan kampung chat tu eh.” pinta E-en.

“Orite. Takde hal la beb.”

*****


Pommm! Bunyi meja dipukul.

“Abah kau kahwin lari!” Terkeluar latah E-en.

“Kahkahkah. Woi kalau ye pun janganla doa abah aku kahwin lari.”

“Bodoh! Terkejut aku. Nasib takde kencing manis.”

“Ek eleh kau! Tak payah nak overla. Tu la termenung lagi. Ingat kat buah hati ke?” Rara mengangkat-angkat kening.

“Hotak kau. Buah hati mana datang pulak. Buah dada kot aku ada.”

“Wei kau tak kan takde buah hati lagi kot. Kau lupa ke dare kau dengan si gondola tu?”

“Mana maunya nak lupa. Dia dare aku kumpul balak kan bukan buah hati?”

“Tak ke sama je pun bangang?”

“Tu la aku cakap kau bodoh kau tak ngaku. Doh, balak tu bf je, tak semesti laki yg kita sayang tapi buah hati orang yang kita sayang. Understood?”

“Ngehehe. Betul tu. Betul cakap kau.” Rara tersengih sumbang. “So, dah berapa ramai koleksi balak yg kau dah collect?”

E-en memandang ke arah Rara dengan muka bangga sambil mengangkat empat jari tangan kanannya.

“Wowww! Empat? Dahsyat jugak kau ye ngang.”

“Ofcourse la. Tak kan la aku nak bagi si gondola tu menang.”

“Eh kau nampak tu.” Tangan Rara tunjuk ke arah Izul yg lalu diluar kelas. “Dia kan tergila-gilakan kau dari zaman sekolah rendah lagi. Kau terima je la dia. Tambah satu koleksi lagi”

“Tak nak la aku. Dia dah la satu sekolah dengan kita doh. Senang-senang je kantoi nanti.”

“Eleh kau, kecut! Yg empat ketul tu mana kau jumpa?”

#bersambung

1st LOVE (part 3)





1st LOVE (part 1)


“Woi, aku cabar kau siapa ada lagi ramai balak!” Fasha tanpa signal menuju ke arah E-en.

“Woah…takutnyewww. Kahkahkah.” E-en menganjing Fasha.

“Tempoh sebulan. Chaw!”

“Kau ambik la sebulan tu! Aku sejam pun boleh la. Puiii!”

“Hoi senget! Kau ni makin senget pehal?” Rara buat muka pening.

“Woi sesedap mee sedap kau je ngate aku senget eh. Kot si Fasha tu yang menyeget ye la.”

“Yang kau layankan sangat otak songsang dia siapa suruh? Aku tau la kau tu pantang kena dare sampai kau kena denda ketuk ketampi depan perhimpunan hari tu. Tapi agak la wey. Kau kan jenis geli gelimat dengan cintan jiwang karat ni. Jenuh la kau nak adapt sindrom kau tu nanti wey.”

“Cop, cop! Beb, Fasha gondola tu dare aku apa ek tadi? Attention aku lebih kat air liur dia yang terpercik macam hujan  sampai tak boleh nak fokus dengan apa dia cakap. Hehehe.”

“Ya Allah, kau sabarkan la hati hamba-Mu ini. Kau ni kan E-en… bangang abadi!”

“Bangang abadi tu retis baru ke wei? Kalau setakat Abby Abadi tu aku kenal la. Ke suku sakat dia jugak?” E-en tayang muka troll.

“Eh betul gak apa kau cakap. Aku rasa kau kena usung payung la lepas ni. Bak kata pepatih, sediakan payung sebelum hujan. Kahkahkah.”

“Amboi kemain suka lagi kau ek. Pepatih otak kau! Pepatah la bodoh. Dasar bodoh abadi! Cepat la tell me dare mende tadi.”

“Wey, wey, wey, mati la kau! Si gondola nak lawan kumpul balak dengan kau. Kau tu mana pernah ada balak. Laki usha kau, kau dok buat perangai dingin tengin je.”

“ Rileks la beb! Yang kena dare aku tapi yang kau buat muka menggelabah petala ke patplohpat pehal? Masalah kecik je, semua boleh setel maaa.”

“Ce cite plan kau. Kau dah ada target?”

“Hmmm…kau nak tau?”

Laju kepala Rara dianggukkan. Muka penuh serious ditayangkan.

“Tarak plan tarak target, bas dah sampai maka aku nak balik. Bai busuk!”

Rara menayang muka geram. “Suspen je lebih. Dah la pantun melingkup. Bai bangang abadi!”


#bersambung

Terima kasih awak


Hye awak,
Jejaka yg berbadan taf kulit itam manis berdimple di kanan dan kiri pipi.
Terima kasih awak kerana sudi mendendangkan lagu kepada saya dengan suara merdu kelelakian awak dan skill main gitar yg hebat tu.
Kemachoan awak telah berjaya memasukkan awak ke dalam hati saya yg telah sekian lama tidak berpenghuni.
Hati saya yg telah lama dibiar sepi telah awak hiburkan dengan gelagat nakal awak.

Awak,
Patut ke saya beri peluang kepada awak untuk menjaga hati saya?
Patut ke saya berikan sepenuh kepercayaan kepada awak?
Sampai bila awak akan jaga saya?
Sampai bila awak akan mencintai saya?
Sampai bila awak bertahan dengan gelagat dan karenah saya?

Awak,
Sebenarnya saya takut.
Saya terlalu takut hingga sukar untuk saya berikan ruang kepada awak.
Saya takut nanti awak dah bosan dan naik cemuih pada saya.
Bila saat itu tiba nanti pasti awak akan biarkan saya terdampar lesu tanpa rasa secebis sayang pun kan.

Awak,
Selama ni saya sedaya upaya menjauhi awak.
Tapi awak tanpa kenal erti putus asa cuba dapatkan perhatian saya.
Saya dah lama perasankan awak sebenarnya.
Tapi saya saja pura-pura tak sedar akan kehadiran awak di sekeliling saya.

Awak,
Lamaran awak telah berbuat jiwa saya berbolak balik.
Saat awak mendendangkan lagu, hati saya berdegup kencang.
Diri awak tidak terlepas dari fikiran saya walau sesaat pun.
Bayangan awak muncul setiap kali mata ini saya pejamkan.

Awak, awak, awak,
Adakah ini cinta?
Awak tolong saya ye.
Tolong jangan hampakan saya.

Saya dah tak mampu lagi awak.
Saya tak mampu untuk pura-pura tidak menyedari kehadiran awak.
Saya tak mampu menjauhi awak.
Saya tak mampu untuk menafikan perasaan saya terhadap awak.

Awak,
Demi awak saya cuba bukakan pintu hati saya seluasnya untuk seorang insan bergelar lelaki.
Dengan harapan awaklah yg akan menjadi imam saya suatu hari nanti.
Dengan harapan awaklah yg akan menjadi bapa kepada anak-anak yg bakal saya kandungkan.
Dengan harapan awak akan membimbing saya dan anak-anak kita hingga ke syurga.

Ye akhirnya,
Saya buang segala prasangka saya terhadap kaum adam.
Saya terima diri awak seikhlasnya.
Kerana awak yg telah mengajar saya erti cinta sebenar.
Terima kasih awak J