hidup berpasangan

sem baru, agak baru bermula. baru seminggu kuliah gua bermula. jadi assigment gua tak sempat nak menimbun lagi. maka di kesempatan ini lah gua ambik untuk mengkhatam seberapa banyak novel yang boleh. nak pulak student ipt dapat voucher buku di tambah dengan pesta buku yang berlangsung di foyer library gua, memang banyak ya amatlah novel yang gua borong. eh actually gua bukan nak story pasal pesta buku ke voucher buku ke sem baru ke apa.

apa yang gua nak luahkan kat sini pasal pendapat gua tentang cinta. almaklumlah novel yang gua baca semua berkisarkan tentang cinta. cinta ni sedikit sebanyak akan memberi gangguan pada hati. setiap percintaan pasti ada dugaan. dan kekeliruan itu adalah salah satu dugaan dalam percintaan, kan? bagi gua 2 benda yang paling penting adalah kepercayaan dan kejujuran. kalau pasangan tu jaga 2 benda ni, isyaAllah hubungan mereka tak kan goyah even sebesar mana pun dugaan yang datang. tapi macam mana dengan kesetiaan? pendapat gua lah kan, kesetiaan akan datang jika ada nya kejujuran. walau apa pun yang berlaku, jujurlah dengan pasangan lu. kalau lu ada buat salah, terus terang aje then mintak maaf. lebih baik biarkan pasangan lu tau dari lu sendiri daripada orang lain kantoikan lu. tak ke lagi sakit hati kalau dengar dari orang lain, kan?

pasal kepercayaan ni, kalau lu tak percaya pasangan lu, senang-senang je lu boleh kena kencing dengan malaun-malaun yang tak suka tengok lu bahagia. kalau ada orang cerita buruk pasal pasangan lu, lu jangan cepat melatah, terus je nak percaya. manalah tau kalau tu hanya fitnah je. sepatutnya lu kenal pasangan lu, betul ke pasangan lu tu akan buat benda jadah tu semua. kalau boleh lu siasat dulu pasal tu and face to face dengan pasangan lu. tanya dia sendiri betul ke apa yang lu dengar pasal dia. waktu dia jawab tu lu pandang tepat pada mata dia untuk tengok sama ada dia jujur ke tak.

daripada novel yang gua baca, orang kalau dah dengki tu macam-macam fitnah diorang buat untuk sabotaj hubungan orang lain. sometimes salah faham yang menyebabkan sesuatu hubungan tu berantakan. selalunya orang yang baru mula bercinta atau tengah hangat bercinta ni, dia mudah hilang fokus. sampaikan takde fokus ketika belajar ataupun kerja. asyik terfikirkan pasangan dia je. tapi ada juga yang lebih berjaya sebab bercinta. yelah ada orang yang sentiasa bagi semangat and boleh bantu dia kan. tapi gua rasa mungkin gua ni dalam kalangan orang yang mudah hilang fokus bila bercinta. entah lah kan. gua pun dah lama tak bercinta sampai dah lupa macam mana bercinta. gua bersyukur juga bila terkenangkan diri gua yang single. yelah pikir pasal diri sendiri je lah, tak payah nak pening kepala pikir pasal pasangan gua ke apa kan. tak payah nak angau dalam kuliah, tak payah susah-susah nak report dengan balak kalau nak merayap ke apa, tak payah nak jeles-jeles dengan minah tu minah ni dan yang paling penting, jimat kredit gua! takdelah gua nak berhabis kredit bergayut dengan balak. daripada membazir beli topup, lebih baik gua habiskan duit tu beli aiskrim ke choki choki ke coklat ke. sedap jugak tekak gua ni kan.

konklusinya, nak couple tu boleh tapi banyak benda lu kena pikir, kena komproni. lu kena bijak bahagi hidup lu sebab ada perasaan yang lu kena jaga. kalau lu jenis nak hidup senang, tak nak banyak pikir ke banyak songeh ke apa, sila hidup single. toksah lah gatai-gatai nak couple sebab ikut trend. ngarut je semua tu.