I tak layak untuk you

orang kata cinta itu buta. tapi sebenarnya kita yang buta dalam menilai cinta. waktu tengah hangat bercinta kononnya 'beliaulah yang terbaik untuk gua. beliaulah jodoh gua. gua nak beliau je, gua tak nak orang lain.' tapi bila sudah berkenalan dengan insan yang lebih cantik/kacak, lebih famous, lebih kaya, lebih seksi/bergaya dan beri perhatian lebih pada lu berbanding kekasih lu. kiranya segala-galanya lebihlah. kemudian serta merta pandangan lu kepada kekasih lu dah mula berubah. ayat yang dulu manis umpama coklat kini menjadi pahit umpama ubat. mulalah lu mencipta alasan untuk break off dengan beliau.

tapi gua paling bengang bila dengar ada insan yang bagi alasan macam ni, "you terlalu baik untuk i. i tak layak untuk you. you carilah lelaki lain yang lebih layak." serius gua rasa nak hempuk kepala lu tu ke dinding biar cair otak lu. lu dah tak jumpa alasan yang lagi bangang ye? kalau betul lu tak layak untuk beliau, kenapa setelah jumpa insan lain baru lu sedar? yang lu berkepit duapulohpat jam dengan beliau selama ni, tak pernah pulak lu nak sedarkan? 

apa salahnya lu terus terang je kat beliau yang lu dah ada insan lain. ok, lu nak kata yang lu tak nak melukakan hati beliau? puiiiiii. habis tu yang selama ni lu bermesra dengan insan lain sampai lu nekad nak tinggalkan beliau tu apa? lu ingat lu dah bahagiakan beliau dengan berbuat demikian? tolonglah sedar yang lu sememangnya dah lukakan beliau sejak lu bermesra dengan insan lain tu lagi. lagipun sejauh mana lu boleh rahsiakan hubungan lu dengan insan baru tu. suatu hari nanti beliau pasti akan tahu jugak. dan waktu itu beliau akan lebih terluka atas segala perbuatan lu itu.

lu bayangkan mula-mula lu curang dengan beliau, kemudian lu mintak break off sebab lu dah bercinta dengan insan lain. kemudian lu tipu beliau dengan mencipta alasan untuk break off. pernah ta selama ni lu bayangkan macam mana kalau lu kat tempat beliau? kalaulah lu boleh nampak hati beliau, lu akan nampak luka yang sangat dalam. darah tak henti-henti mengalir. ye, gua tahu. lu tak pernah fikirkan perasaan beliau dan lu tak kan pernah nampak luka di hati beliau. jadi sebab tu lu sanggup curang dan dumped beliau macam tu saja. lu anggap cinta dan kasih sayang yang telah beliau curahkan pada lu seikhlas hati itu umpama sampah sarap tak berguna ataupun kucing kurap di jalanan.

nasihat gua, kalau betullah hati lu dah berubah atau telah di huni oleh insan lain, jujurlah. ceritakan perkara sebenar yang telah terjadi. kemudian akui kesalahan dan kesilapan lu sendiri. jangan sesekali lu cuba mencari kesalahan beliau untuk menutup kesahan lu. dan lu mintak maaf kepada beliau dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati lu. memang lu akan melukakan hati beliau saat itu. tapi sekurang-kurangnya lu tidak terus memperbodohkan beliau dan berbuat salah kepada beliau tanpa meminta maaf.


*kita hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari membuat kesilapan. orang yang mengaku kesilapan sendiri dan meminta maaf atas kesilapannya itu adalah orang yang sentiasa maju ke hadapan.