1st LOVE (part 5)



Cikgu Sejarah kesayangan 3A1 yang mendapat nama popular ‘ayam’ di kalangan pelajar tidak hadir pada hari ini. Waktu yang terluang digunakan sepenuhnya oleh E-en untuk menyalin jawapan segala kerja rumah dari Rara.

“Kau tau tak semalam…”

“Tak tau.” Kata-kata Rara tadi terputus dengan jawapan tak bernada dari E-en.

“Ok, kau memang tak tau. Tapi aku nak bagitau ni.”

“Hmmm…mende?” E-en masih fokus pada kerjanya.

“Semalam Pon kol aku. Lepas tu dia nyanyi lagu Untukmu Sayang.”

E-en terus terhenti kerjanya lalu berpaling ke arah Rara. “Serius doh?”

Rara semangat mengangguk-anggukkan kepala.

“Aaaaa…..bestnye beb! Untung la, untung la, untung la. Bila la agaknya ada laki yang akan menyanyi khas untuk aku eh?”

“Entah tapi balak kau kan ramai ngang, tak kan takde seketul pun yang suara menusuk kalbu?”

“Yang dalam berlambak tu, aku tak pernah dengar seketul pun nyanyi. Acane?”

“No comment. Yang penting suara Pon aku tu mampu membuatkan diriku terasa di awing-awangan. Oh my Pon!”

“Saja bagi aku jeles la tu.” E-en pantas menghadiahkan satu dukuan di kepala Rara.

“Adoi! Sungguh tak sakit.” Lidah Rara dijelirkan.

*****

Malam ni turn ayah Leeya menghantar E-en, Acha dan Leeya ke pusat tusyen. Isnin malam selasa-kelas sejarah dan agama.

“Jom g kedai wei.” Sasya mengajak E-en, Acha, Leeya, Efni dan Atil ke kedai bersebelahan pusat tusyen.

“Jom!” serentak mereka semua keluar.

“Malam ni ponteng nak, kita rempit ke taman atas.” Atil mula menghasut.

“Motor ada 3 kan? Cantik la wei!” Efni menunjukkan tanda setuju.

“Kelas sejarah la, cikgu Saiful tu best kot. Tak nak la.” Leeya membantah.

“Korang lak amacam?” Atil memandang ke arah E-en dan Leeya.

“Aku always on. Tak kisah mana-mana.” Leeya mengangkat bahu.

“Saiful sotong tu ajar syok ah, sayang pulak nak skip. Tapi ustaz tu bosan doh, macam dodoi kan aku tidur je. Ponteng masa ustaz la.” Jawab E-en.

“Call!” Serentak lima yang lain menjawab tanda setuju.

Mereka lantas bergerak semula ke kelas. Cikgu Saiful baru sahaja masuk kelas. Menyanyi-perkara yang cikgu Saiful tak pernah miss. Tangannya pasti bergerak lembut mengikut alunan lagu.

Selesai sahaja kelas sejarah, mereka semua keluar ke tempat parking. Irqal memandang E-en sambil menggelengkan kepala. Dia tak mahu E-en ponteng lagi. E-en hanya menunjuk muka kerek lalu terus pergi tanpa mempedulikan Irqal yang cuba menahannya.

“Apahal Irqal tadi wei?” Efni memandang E-en.

“Entah. Sibuk je hal orang.” E-en tayang muka tak peduli.

Acha yang menyimpan rahsia Irqal hanya mampu menggelengkan kepala. ‘E-en, E-en, kau tak sedar lagi ke yang Irqal suka kat kau. Dia ambil berat pasal kau.’ Kata-kata itu hanya bermain dalam fikiran, tak terluah.

“Kau ni pulak apahal tersengih sorang-sorang?” Teguran Atil menarik perhatian yang lain ke arah Sasya yang masih tersengih.

“Acik nyanyi kat aku. Lagu once, dealova.”

“Perghhh…nak lawan mat romeo.” Efni buat muka teruja.

“Muka pecah rumah pun romantik jugak. Patut la kau sayang.” Atil mengkritik.

“Babi la kutuk balak aku.”

“Dah, dah la tu. Jom ar gerak.” Ajak E-en.

Yang lain mula naik motor lalu merempit ke taman atas seperti yang dirancang. Lagi 10 minit habis kelas mereka kembali ke pusat tusyen.

“Alaaa buat apa balik kelas balik. Chow rumah terus la.” Cadang Sasya.

“Wei bangang, kitorang ni karang ayah Leeya yang ambik. Kena la balik kelas dulu. Kalau tak bodoh-bodoh gitu je kantoi.” E-en membalas sambil bergerak ke kelas.

Yang lain hanya membontoti langkah E-en. Pintu dibuka, mereka pantas duduk.

“Lain kali masuk kelas awal. Jangan lagi 10 minit nak balik baru masuk” Tegur ustaz.

E-en hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Yang lain senyap. Irqal hanya memandang ke arah E-en.


#bersambung