1st LOVE (part 4)



“Hoi E-en!” gamat suara Fasha macam petir.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Masam muka Fasha.

“Alhamdulillah, islam rupanya.” E-en mula bahan Fasha.

“Eleh konon nak tunjuk warokdowarakbah. Tempoh dah tamat. Deal macam mana?”

“Ooo…ok. Aku ada 5 koleksi. Kau nak kenal-kenal dengan diorang dulu?”

“Eleh…5 je.” Fasha terus berlalu pergi.

“Apahal si gondola tu terus bla?” Rara yg diam dari tadi bertanya.

“Kalah la tu. Macam la kau tak faham perangai gondola tu.”

“Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.” Gamat suara E-en dan Rara ketawa hampir berguling-guling.

*****

‘Alhamdulillah…kenyangnya.’ E-en baru lepas makan setelah pulang dari sekolah. Hari ini E-en pulang awal kerana kelas tambahan dibatalkan.

Setelah cuci pinggan E-en terus ke biliknya. Beg sekolah di kerusi tadi dicampakkan pula di tepi almari baju. Handphone diambil. ‘1 new message’.

Nasa: Salam. Tengah buat apa? Miss u.

E-en: Wassalam. Baru lepas makan ni. Sampai rumah tadi terus melantak. Nasa tengah buat apa?

Nasa: Ada kat sungai ni. Tengah lepak dengan membe. Makan tak ajak pun L

E-en: Sound nice. Niat nak ajak tapi takut Nasa habiskan pulak nanti. Hehe. Ni last kredit tau. Take care.

Mata E-en mula kuyu, mengantuk. E-en yang hampir lena terus terjaga dek kerana ada panggilan.

‘Si Gila’- Contact name Nasa yang E-en simpan. Dengan malas-malas E-en menekan punat hijau.

“Hai sayang.” Kedengaran ceria suara Nasa.

“Emm…hai.” Jawab E-en, malas.

“Aloh…kenapa ni? Macam tak suka je.”

“Mengantuklah! Ish sibok je.”

“Hehe. Alolo busyuk busyuk, sorry sorry. Jangan la tidur lagi. Orang nak dengar suara dia.”

“Hmm…yela yela. Kan dah dengar ni.”

“Hehehe. Makin comel suara tu bila ngantuk. I miss u, sayang.”

“Eleh ngade! Ayat mat romeo.”

“Aiii…puji ikhlas pun kena. Emm…nasib la. Yela, siapa la kita ni kan.”

“Ada kat mana tu? Nape macam ada bunyi air.”

“Tadi kan Nasa bagitau ada kat sungai.”

“Ooo…belum balik lagi eh? Dengan siapa je lagi?”

“Dengan Mat, Adi, Roy. E-en kenal tak diorang?”

“Eh mesti la tak.”

“Hari ni takde kelas tambahan eh? Awal pulak balik.”

“Sepatutnya ada tapi cikgu sayang E-en kan, so kelas cancel.”

“Untung la ramai orang sayang. Patut la dia tak sayang pun kita.”

“Hello? Hello? Tak dengar, tak dengar.”

“Eee…ngade eh. Gigit kang.”

“Gigit la kalau berani. Orang tomoi kang.”

“Tomoi pulak. Ok la E-en, Nasa nak balik rumah dulu. Nanti Nasa topupkan.”

“Eh tak payah lah. Kalau E-en rajin nanti E-en pergi la topup tapi lambat sikit la kot.”

“Takpe. Otw balik Nasa singgah kedai topup jap. Bai sayang.”

“Ok bai.”

3 minit kemudian ‘1 new message’ dari celcom. E-en tersenyum.

E-en: Dah dapat kredit runtuh. Thanks Nasa J


#bersambung



1st LOVE (part 5)



No comments: