1st LOVE (part 3)



Di cyber café  (seminggu yg lalu)

“Ala senang je nak masuk kampung chat. Sini aku buat untuk kau.” Bermula operasi E-en yg mendapat tunjuk ajar dari sifu Ati.

Jejaka: Hai!

E-en: Hai!

Jejaka: Intro?

E-en: E-en, 15, ipoh. U?

Dari laman kampung chat mulanya perkenalan antara E-en dengan Pejal, Faiq, Airuz dan Airi. Saling bertukar nombor telefon dan saling bermesej sampai la E-en declare dengan mereka semua.

*****

Nasa dan Am baru selesai latihan. Pada usia 15 tahun mereka berjaya mewakili pasukan bola sepak negeri perak bawah 15 tahun.

“Am, siapa minah yg datang tengok kau semalam?”

“Acha dengan E-en. Kenapa?”

“Aku nak kenal dengan yg pakai tudung hitam tu.”

“E-en? Nak try boleh, berharap jangan.”

“Apsal wei?”

“Mawar berduri tu. Setakat membe melepak on, nak lebih boleh chiaw.”

“Kau pernah tackle dia ke?”

“Tackle tu pernah tapi dapat tu idak pulak. Nak ajak date punya la payah.”

“Hmm…adventure. Style la! Bak no minah tu wei.”

*****

Nasa: Salam. Ni E-en ek?

E-en: Wassalam. Yela, dah tau tanya lagi. Sape ni?

Nasa: Saya Nasa. E-en tak tido lagi?

E-en: E-en dah tido. Ni saka dia. Nasa mana pulak ni? Roket nasa ke?

Nasa: Canggih betul saka zaman sekarang. Pandai taip sms eh tau pasal roket pulak tu.

E-en: Bukan setakat taip mesej je, video call pun pandai. Almaklumlah saka zaman skang belajar it.

Nasa: E-en, jom couple!

‘Mak ai die ni tak kenal lagi dah ajak couple. Serammm! Tapi aku kan kena kumpul balak. Ah, on je la 
dengan mamat ni. Deal off nanti, aku pun off je la dengan dia. Yes, yg kelima.’

Nasa: E-en, nape tak reply? Kalau tak sudi, kita kawan je la dulu.

E-en: Hmmm…ok! Kita couple.

‘Yes! Step 1 selesai. Takde la susah macam si Am kata tu. Eleh!’

*****

Nasa: Hye syg! Ngah buat apa?

E-en: Hye gile! Kat tusyen ni, tengah kutip ilmu.

Nasa: Oh ok. Dah solat?

E-en: Dah pun siap dah terkentut-kentut batal wudhuk lagi. Nasa?

Nasa: Baru lepas. Hehe. Tadi Nasa doa supaya kita cepat kawin.

‘Hek eleh. Doa konon. Entah-entah muka pecah rumah. Setakat  hantar gambar mms ingat aku percaya.’


#bersambung



1st LOVE (part 4)




No comments: