1st LOVE (part 1)


“Woi, aku cabar kau siapa ada lagi ramai balak!” Fasha tanpa signal menuju ke arah E-en.

“Woah…takutnyewww. Kahkahkah.” E-en menganjing Fasha.

“Tempoh sebulan. Chaw!”

“Kau ambik la sebulan tu! Aku sejam pun boleh la. Puiii!”

“Hoi senget! Kau ni makin senget pehal?” Rara buat muka pening.

“Woi sesedap mee sedap kau je ngate aku senget eh. Kot si Fasha tu yang menyeget ye la.”

“Yang kau layankan sangat otak songsang dia siapa suruh? Aku tau la kau tu pantang kena dare sampai kau kena denda ketuk ketampi depan perhimpunan hari tu. Tapi agak la wey. Kau kan jenis geli gelimat dengan cintan jiwang karat ni. Jenuh la kau nak adapt sindrom kau tu nanti wey.”

“Cop, cop! Beb, Fasha gondola tu dare aku apa ek tadi? Attention aku lebih kat air liur dia yang terpercik macam hujan  sampai tak boleh nak fokus dengan apa dia cakap. Hehehe.”

“Ya Allah, kau sabarkan la hati hamba-Mu ini. Kau ni kan E-en… bangang abadi!”

“Bangang abadi tu retis baru ke wei? Kalau setakat Abby Abadi tu aku kenal la. Ke suku sakat dia jugak?” E-en tayang muka troll.

“Eh betul gak apa kau cakap. Aku rasa kau kena usung payung la lepas ni. Bak kata pepatih, sediakan payung sebelum hujan. Kahkahkah.”

“Amboi kemain suka lagi kau ek. Pepatih otak kau! Pepatah la bodoh. Dasar bodoh abadi! Cepat la tell me dare mende tadi.”

“Wey, wey, wey, mati la kau! Si gondola nak lawan kumpul balak dengan kau. Kau tu mana pernah ada balak. Laki usha kau, kau dok buat perangai dingin tengin je.”

“ Rileks la beb! Yang kena dare aku tapi yang kau buat muka menggelabah petala ke patplohpat pehal? Masalah kecik je, semua boleh setel maaa.”

“Ce cite plan kau. Kau dah ada target?”

“Hmmm…kau nak tau?”

Laju kepala Rara dianggukkan. Muka penuh serious ditayangkan.

“Tarak plan tarak target, bas dah sampai maka aku nak balik. Bai busuk!”

Rara menayang muka geram. “Suspen je lebih. Dah la pantun melingkup. Bai bangang abadi!”


#bersambung

No comments: