Terima kasih awak


Hye awak,
Jejaka yg berbadan taf kulit itam manis berdimple di kanan dan kiri pipi.
Terima kasih awak kerana sudi mendendangkan lagu kepada saya dengan suara merdu kelelakian awak dan skill main gitar yg hebat tu.
Kemachoan awak telah berjaya memasukkan awak ke dalam hati saya yg telah sekian lama tidak berpenghuni.
Hati saya yg telah lama dibiar sepi telah awak hiburkan dengan gelagat nakal awak.

Awak,
Patut ke saya beri peluang kepada awak untuk menjaga hati saya?
Patut ke saya berikan sepenuh kepercayaan kepada awak?
Sampai bila awak akan jaga saya?
Sampai bila awak akan mencintai saya?
Sampai bila awak bertahan dengan gelagat dan karenah saya?

Awak,
Sebenarnya saya takut.
Saya terlalu takut hingga sukar untuk saya berikan ruang kepada awak.
Saya takut nanti awak dah bosan dan naik cemuih pada saya.
Bila saat itu tiba nanti pasti awak akan biarkan saya terdampar lesu tanpa rasa secebis sayang pun kan.

Awak,
Selama ni saya sedaya upaya menjauhi awak.
Tapi awak tanpa kenal erti putus asa cuba dapatkan perhatian saya.
Saya dah lama perasankan awak sebenarnya.
Tapi saya saja pura-pura tak sedar akan kehadiran awak di sekeliling saya.

Awak,
Lamaran awak telah berbuat jiwa saya berbolak balik.
Saat awak mendendangkan lagu, hati saya berdegup kencang.
Diri awak tidak terlepas dari fikiran saya walau sesaat pun.
Bayangan awak muncul setiap kali mata ini saya pejamkan.

Awak, awak, awak,
Adakah ini cinta?
Awak tolong saya ye.
Tolong jangan hampakan saya.

Saya dah tak mampu lagi awak.
Saya tak mampu untuk pura-pura tidak menyedari kehadiran awak.
Saya tak mampu menjauhi awak.
Saya tak mampu untuk menafikan perasaan saya terhadap awak.

Awak,
Demi awak saya cuba bukakan pintu hati saya seluasnya untuk seorang insan bergelar lelaki.
Dengan harapan awaklah yg akan menjadi imam saya suatu hari nanti.
Dengan harapan awaklah yg akan menjadi bapa kepada anak-anak yg bakal saya kandungkan.
Dengan harapan awak akan membimbing saya dan anak-anak kita hingga ke syurga.

Ye akhirnya,
Saya buang segala prasangka saya terhadap kaum adam.
Saya terima diri awak seikhlasnya.
Kerana awak yg telah mengajar saya erti cinta sebenar.
Terima kasih awak J

No comments: