Single bukan masalah

Don’t worry if you’re single.God’s looking at you right now, saying “I’m saving this girl for someone special"

gua suka gila quote ni. kenapa? mungkin sebab gua masih single. muahaha. gua gunakan quote ini untuk memotivasikan sepupu gua supaya dia move on. bagi gua berkesan jugaklah. takdelah orang yang single mingle ni rasa moral down gila ba.alif.ba.ya.

ada kalanya orang single ni ditindas. penindasan yang gua maksudkan ni bila gadis yang hidup double ni kehilangan incik bf kesayangan ataupun incik bf kesayangan dia curang, biasanya gadis yang single ni lah yang kena sound even kami tak bersalah. gua sendiri kesian pada human yang hidup single termasuk diri gua sendiri. sejujurnya dah beberapa kali gua kena sound dengan aweks hot meletop bom kebabom di luar sana. kebiasaannya gua akan gelak guling-guling lepas kena sound. gua rasa insiden tu sangat-sangat funny sebabnya gua dengan incik bf kesayangan mereka tu memang takde hubungan speSIAL pun yang berhubung kait dengan hati dan perasaan. oleh sebab gua ni noob dan menurut perintah, gua pun merenggangkan hubungan persahabatan gua dengan incik bf kesayangan mereka. 

perkara macam ni bukan terjadi pada gua sorang malahan membe gua yang senasib dengan gua pun pernah kena. gua faham aweks tu semua nak jaga incik bf kesayangan tapi kalau boleh siasatlah betul-betul dulu sebelum nak serang orang. lu tau tak perbuatan lu tu boleh memalukan incik bf kesayangan lu jugak. nasib baik gua pun gadis, so gua faham sifat cemburu yang ada pada kaum hawa macam gua ni. kelam betul.

sometimes gua tertanya-tanya gadis single ni memang tak boleh nak membe dengan sang jejaka ke? kalau gua keluar berdua dengan sang jejaka pergi shopping mall, membe-membe gua yang lain dah serang gua dengan pelbagai soalan. soalan utama yang diajukan semestinya "bf lu ke tu?". kalau gua upload gambar berdua dengan membe jejaka, perghhh....berdoyon-doyon orang comment. kebiasaanya gua hanya berani upload gambar dengan membe gua yang masih single je lah.


bagi gua orang yang single ni more independent. sakit, makan, minum, semua jaga sendiri. takde nak mengada-ngada call mengadu "you, i sakit ni. i tak lalu makanlah. kalau you yang suapkan baru i makan tapi i nak makan bubur ayam mcd tau you." "you, ubat tu pahitlah. i tak nak. you tolong makan untuk i ye." youuuu...blablabla... kalau orang single ni steady je selimut badan tidur. kalau dah teruk sangat sakit, membe lah yang tolong belikan makanan and bawakkan ubat. kalau ada masalah pun lu mampu setelkan sendiri. serious lu orang patut bangga jadi single. ye, sila BANGGA! 

single itu BEBAS. suka hati lu nak buat apa and pergi mana. takdenya orang yang nak sentap dengan lu kalau pergi sana sini tak bagitau. takdenya orang nak maki lu kalau keluar dengan membe yang berlainan jantina. takde siapa yang akan halang lu dari buat apa yang lu minat. you can be yourself, do what you want and confident you can do it. yeah! nice kan?

tujuan gua tulis entry ni bukan bermaksud gua nak hasut lu orang jadi single. TAK! gua cuma maksudkan hidup single pun ada kelebihannya. single jugak tak bermaksud alone. kepada semua gadis-gadis serta jejaka-jejaka yang yang masih single, tak perlulah lu orang desperate sangat cari pasangan. ingatlah lelaki baik untuk perempuan baik and vice versa. chill ok!








No comments: