Lu kaya? I Love You

hari tu ada seorang minah chat gua.

    minah: yelah sayang. macam mana dengan muka saya sekarang? dah lah rambut pendek. pastu rebond tak jadi. orang tu tak pandai buatlah.

    gua: apsal lak?

    minah: 100% cakap rambut saya potong je. tak buat rebond. tensionlah. esok orang tu cakap dia buat lain. dah lah orang suruh potong sikit, dia potong banyak rambut saya sampai pendek macam ni. nasib baik lawa.

    gua: baru rebond lah ni?

    minah: yup! rabu hari tu.

    gua: oh. how much?

    minah: 145 lah sayang. bukan aku buat saja. sebab sekarangkan aku keluar tak bertudung. tu yang aku buat plus kawan dengan anak lot. tau lah diorang. cari awek yang lawa. senang nak bawak pergi jalan-jalan. hahaha. so....


    bercinta dengan orang kaya? rasanya tak perlulah nak dibanggakan sangat. bila lu dah canang satu kampung yang lu bercinta dengan anak dato tu, dari situ gua dah nampak ketidak ikhlasan lu. nampak sangat der yang lu nak harta beliau. money can't buy love. lu kena ingat tu. macam mana lu tak ikhlas couple dengan beliau, macam tu jugak beliau yang tak ikhlas couple dengan lu. lu sedar tak mamat loaded yang bagi expensive stuff kat lu tu actually he wants something in return. you know kan what i mean with 'something' tu. gua harap jangan sebab duit maruah lu tergadai.

    memanglah tak salah nak couple dengan orang kaya. orang kaya perlukan cinta jugak. apa yang gua maksudkan kat sini adalah keikhlasan. kalau lu nak cintan cintun mesti mau ikhlas. kalau boleh jangan niat couple kerana orang tu kaya ke, hot ke, famous ke, segak bergaya ke. jangan ye! sebab benda tu semua tak kan kekal. lu orang bayangkanlah kalau lu kahwin dengan orang tu sebab beliau handsome. sekali beliau kemalangan habis hancur muka beliau. hilang terus kehandsomeman beliau. then lu pun nak mintak cerai terus tinggalkan beliau lah ye? dah kehandsomeman beliau yang menjadi sebab sebenar lu kahwin tu punah kan.

    kalau lu orang saling ikhlas menerima pasangan masing-masing, insyaAllah hubungan lu orang akan kekal lebih lama dan bahagia. tapi jangan pulak lu orang berharap pada keikhlasan semata-mata. mana cukup bai. nanti  buatnya lu hentam melayan jantan/betina keliling pinggang. kononnya gua dah ikhlas terima lu so apa ada hal gua nak jadi player ke apa. puiiii. ajaran sesat mana yang lu kutip buat falsampah ni? jujur, setia, dll perlu adalah jugak.

    ada jugak yang kata tak guna jugak bercinta bagai nak rak tapi takde duit. tak kan nak bagi bini dengan anak-anak makan pasir. yang lu pun bodoh piang apa hal. dah tahu gatai nak nikah, pandai-pandai lah usaha mencari rezeki. kalau tak mampu nak beli banglo sebijik siap pakej dengan kereta porsche seketul, setakat sediakan tempat tinggal pakaian dan makanan secukupnya untuk anak bini pun jadilah kan. kalau kerja pun malas, setakat duduk goyang kaki kat rumah, lepas tu mengadu yang nasib lu malang. memang lu bangang lah.

    gua nak jelaskan kat sini yang gua tak kata semua orang kaya jahat. ada jugak orang kaya yang baik. macam tu jugak dengan orang miskin. tak semuanya baik. bagi gua, pandai-pandai lah lu menilai dalaman seseorang itu. apa yang lu nampak dari segi luaran tak semestinya sama dengan dalaman. bak kata omputih, don't judge a book by its cover.


    No comments: